Kem Perdana KLKM UPM Disember 2017
Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada KLKM UPM dan KLKM PSA telah berjaya menghadirkan diri ke perkhemahan ini. Peserta didedahkan dengan kemahiran berpengakap mengikut modul yang telah disediakan seterusnya melayakkan diri mereka untuk mendapat lencana kemahiran. Selain itu, ahli baharu juga diberi lencana keahlian sebagai tanda ahli pengakap merangkap ahli pengakap kelana UPM.