KEM PENGUJIAN LENCANA DAN RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK PPM DAERAH KULIM 2017
Kem Pengujian Lencana dan Rambu Pengakap Kanak-Kanak PPM Daerah Kulim telah diadakan pada 9 hingga 11 Mac 2017 bertempat di SK Permatang Tok Dik. Seramai 18 orang ahli telah menyertai pada program tersebut. Program tersebut bertujuan untuk menjalankan pengujian lencana dan rambu pengakap kanak-kanak. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kem ialah berkhemah, memasak, ikatan, laung agung, kawad asas serta menjalankan tugasan skim lencana.