Kem Manikayu
Program ini telah dijalankan pada 24 Mei pada jam 2.30 petang
Dengan pendaftaran peserta. Kemudian, majlis perasmian berlansung pada
Jam 3.30 petang. Program ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan
Peserta kursus kepada asas kepengakapan dan juga pengurusan krew
Kelana.
Program ini dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Tajuddin Othman,
Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum Universiti Sains Malaysia. Turut
Menghadiri majlis perasmian tersebut adalah En. Sandrageson yang
Merupakan Bendahari Kehormat KLKM dan juga Dr. Mohd Anuar Bin
Arshad, Pengerusi Rancangan KLKM USM.
Kursus Kepimpinan Manikayu tersebut merangkumi dua bahagian iaitu
Bahagian pertama merangkumi kuliah atau sidang dan bahagian kedua
Pula merupakan membina tapak perkhemahan sepanjang kursus tersebut
Berlansung.
Antara sidang yang berlansung semasa kursus tersebut ialah Tujuan dan Dasar Kepengakapan, Sejarah Kepengakapan, Dasar Keagamaan, Persetiaan dan Undang – undang, Istiadat Pengakap, Kemahiran Pengakap dan sebagainya. Tugasan sampingan turut diadakan bagi memastikan peserta kursus memberi tumpuan penuh terhadap sidang yang dijalankan.
Pada akhir kursus tersebut, semua peserta lulus dan layak memakai lencana Kepimpinan serta layak untuk ke Kursus Manikayu 3A. Selain itu, peserta juga layak memakai wogel anyaman yang dianyam mereka sendiri. Di samping itu, peserta dapat menguatkan ukhuwah di antara ahli krew masing – masing, berpeluang untuk membina gajet – gajet dan mempelajari susunan dan pengurusan tapak perkhemahan serta menambah ilmu kepengakapan mereka secara teoritikal dan praktikal.