Kem Lencana Bersepadu Pengakap Daerah Maran
Program Kem Lencana Bersepadu Pengakap Daerah Maran 2017. Kem bermula pada 2 Mei sehingga 5 Mei 2017.Program ini melibatkan 129 orang peserta Keris Lencana Gangsa PKK, 61 orang peserta Keris Perak, 84 orang peserta Lencana Usaha,36 orang peserta Lencana Maju,10 orang peserta Lencana Jaya dan 2 orang peserta 5 Lencana Tertinggi.Jumlah peserta yang mengikuti Kem adalah seramai 326 orang.Kem ini berlangsung selama 4 hari di Kem Tengku Puan Pahang,Maran,Pahang.Diharapkan semua peserta dapat melaksanakan aktiviti dengan jayanya seterusnya dapat menghabiskan skim latihan mengikut lencana masing-masing.Terima kasih kepada Jawatan kuasa Pengakap Daerah Maran,jurulatih,dan semua yang terlibat dalam menjayakan Kem ini.