Kampung Vietnam, Bidong for Site Visit
Malaysia

Kampung Vietnam, Bidong for Site Visit

Beberapa orang peserta SWA termasuk saya telah mengadakan lawatan tapak ke Kampung Vietnam yang terletak di Bidong, Terengganu. Kami ke sana dengan tujuan untuk melihat bagaimana masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung mengenai lampu jalan dapat diatasi oleh kami dengan menjalankan projek SWA di sana. Kami melihat beberapa kawasan yang berpotensi untuk kami memasang lampu jalan dan telah juga berbincang tentang kawasa tersebut supaya ianya tidak mendatangkan masalah pada hari kami melaksanakan projek nanti. Struktur tanah juga dittitikberatkan selain melihat dan memeriksa adakah sumber cahaya daripada matahari dapat diserap oleh lampu solar yang akan kami pasang di sana nanti. kami juga sempat berbincang mengenai peralatan yang akan kami bawa dan gunakan semasa berada di sana nanti. hal ini kerana ianyaa bergantung kepada kampung tersebut, Jika peralatan yang kami akan gunakan boleh didapati di kampung ini, maka jumlah peralatan yang kami akan bawa akan berkurangan. selain itu, bahan makanan yang akan kami gunakan selama berada di sini nanti juga kami telah survey di kampung in bagi memudahkan kerja kami yang harus membawa peralatan dan barangan makan daripada Universiti kami.
Number of participants
3
Service hours
9
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share