Jelajah MOP Kemaman

Jelajah MOP Kemaman

Jelajah Keamanan MOP telah berlangsung di Kemaman pada 2 Oktober 2018 bertempat di Bilik Bunga Raya, Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman. Program jelajah ini melibatkan 60 orang murid tingkatan 6 (Kelana) di empat buah sekolah yang terpilih iaitu SMK Badrul Alam Shah, SMK Chukai, SMK Cheneh Baru dan SMK Sultan Ismail serta 2 orang pemimpin setiap sekolah. Perkongsian ilmu yang menarik dan mantap oleh En Shahrul Azwan bin Mohamad@Endut tentang MOP dan pendaftaran scout.org oleh En. Muhamad Helmi bin Mat Lazib. Jelajah ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang matlamat utama dan tujuan MoP diperkenalkan.

Number of participants
78
Service hours
234
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Legacy BWF

Share via

Share