JAMBORI KEDAH KALI KE-5 DAN PERSAUDARAAN ANTARABANGSA
Assalamualaikum dan salam pengakap..
Alhamdulillah syukur kepada Tuhan kerana mengizinkan program terbesar bagi pengakap Negeri Kedah dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang permasalahan besar yang timbul. Acara dua tahun sekali yang ditunggu-tunggu oleh setiap ahli pengakap Negeri Kedah telah berjaya disempurnakan oleh seramai 4383 penyertaan dari pelbagai daerah dalam negeri kedah, pelbagai negeri dan pelbagai negara.
Seramai lebih dari 300 kelana telah berkhidmat sebagai tulang belakang program tersebut. seramai 363 penyertaan dari luar negara iaitu, indonesia(Medan dan Acheh), Thailand,Jepun,Italy,Korea,Amerika syarikat. Seramai 1312 penyertaan dari luar negeri kedah iatu dari perlis, perak, pulau pinang, sarawak, labuan. Dan selebihnya adalah ahli pengakap Negeri Kedah dengan lebih 3000 orang.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan selama seminggu diantaranya dari aktiviti, indoor, outdoor serta keluar melawat di Alor Setar dan Thailand.
Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia iatu YAB Dato' Seri Mahazhir bin Khalid.