JAMBORI ASEAN KE 5 2016, TERENGGANU MALAYSIA
Malaysia

JAMBORI ASEAN KE 5 2016, TERENGGANU MALAYSIA

Inilah jambori peringkat antarabangsa yang pertama saya sertai sejak menjadi ahli pengakap. Ianya satu pengalaman yang amat beharga kepada diri saya kerana di sini saya dapat berjumpa dengan rakan-rakan pengakap di Malaysia dan juga rakan pengakap dalam facebook. Saya menyertai jambori ini melalui Kontinjen Negeri Kelantan dan menjadi salah seorang ahli jawatankuasa kontinjen. Dalam pada itu, saya dapat mengenali kebudayaan negara-negara Asean yang dipamerkan di sana antaranya ialah makanan, pakaian dan tarian (lagu, muzik dan tarian). Amat menghiburkan. Para peserta menyertai pelbagai permainan dan kraf tradisional seperti memanah, menganyam ketupat, tarian, permainan rakyat malaysia dan sebagainya. Di Kem Site Kontinjen Kelantan, pada sebelah malam, hiburan tradisional seperti Dikir Barat dan Wayang Kulit diadakan sebagai salah satu memperkenalkan tradisi dan kebudayaan Negeri Kelantan. Juga tidak ketinggalan dibuat satu sudut Pameran Peralatan Tradisi Orang Kelantan menggunakannya seperti Bubu, Gobek Sirih, Gobek Api, Tuwang, Jerkap dan sebagainya. Jamuan-jamuan kontinjen juga memberi setiap orang merasai jenis-jenis makanan kepada tetamu yang datang. Tradisi menukar lencana atau apa saja yang berkaitan dengan pengakap memang tidak ketinggalan. Ianya memberi rasa muhibbah antara ahli pengakap di dalam jambori ini. Sesi mengambil gambar dengan pengakap negara atau negeri lain meninggalkan kenangan kepada mereka yang mengambil kesempatannya. FB Mohd Zulkifli Sulaiman
Started Ended
Number of participants
200
Service hours
48
Location
Malaysia

Share via

Share