Jalinan Persaudaraan di Negeri Bawah Bayu

Jalinan Persaudaraan di Negeri Bawah Bayu

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Bahagian Pantai Barat Selatan telah menganjurkan Perkhemahan Pengakap di Bawah Bayu pada 16-20 Ogos 2018, bertempat di Outdoor Development Centre (ODEC), Universiti Malaysia Sabah dan disertai oleh 700 orang ahli Pengakap daripada pelbagai daerah dari negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kontinjen W.P. Labuan diwakili oleh 18 orang Pengakap, 5 orang Pemimpin Pengakap dan seorang Pengakap Kelana. Perkhemahan yang berlangsung selama 5 hari 4 malam ini mengandungi 28 aktiviti yang memberikan pengalaman yang berharga kepada setiap peserta perkhemahan. Para Pengakap diterapkan ilmu pendidikan alam sekitar sepanjang perkhemahan di mana pihak UMS tidak membenarkan penggunaan bekas polisterin di dalam kawasan kampus, mengasingkan bahan buangan mengikut kategori (melalui aktiviti khidmat masyarakat membersihkan kawasan pantai), selain mempunyai peluang untuk melawat Muzium Marin UMS. Para peserta juga dapat mempelajari ilmu-ilmu kepengakapan melalui simpulan dan ikatan, ilmu komunikasi dan perhubungan (Morse Code, radio amatur, Semaphore Code), di samping menyertai aktiviti yang mencabar seperti halangan komando, abseiling, memanah dan sebagainya. Para peserta juga diberi peluang untuk mencungkil bakat kesenian dan kebudayaan, serta membina keyakinan diri melalui pertandingan 'Scout Got Talent' dan Pertandingan Tarian. Kontinjen Pengakap W.P. Labuan telah meraihkan pencapaian yang membanggakan dengan menjulang piala Naib Johan bagi Kategori Jemputan dalam tiga acara iaitu Pertandingan Tarian Hip Hop, Pertandingan 'Scout Got Talent', dan Pertandingan Tarian Etnik Kreatif (Berkumpulan). Peserta perkhemahan juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran memasak serta membina keyakinan diri melalui pertandingan 'Scout Master Chef'. Peserta diberikan 90 minit untuk menyediakan satu hidangan kreatif dengan menggunakan bahan yang disediakan oleh pihak penganjur perkhemahan. Kontinjen W.P. Labuan berjaya meraihkan Tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut bagi kategori jemputan. Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh YB Arunarsin Taib, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah. Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Awang Zaini Bin Hj. Suntim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah. Ketika majlis, seorang Pengakap Kelana telah dianugerahkan Anugerah Baden-Powell dan 34 orang Pengakap Kanak-Kanak telah diberikan Anugerah Kecemerlangan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Anugerah Rambu Biru).
Started Ended
Number of participants
24
Service hours
720
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share