GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN DESASISWA YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR
Pada 4 November 2017 yang lalu, banjir dan ribut telah melanda di kawasan Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia juga terkena tempias bencana ini. Oleh itu, Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia USM dengan kerjasama Majlis Penghuni Desasiswa Bakti Permai Cahaya Gemilang telah melakukan gotong-royong membersihkan kawasan Desasiswa tersebut. Terdapat 4 batang pokok yang telah tumbang dan menyukarkan penghuni Desasiswa untuk melalui kawasan tersebut. Seramai 25 orang telah bertungkus lumus melakukan aktiviti pembersihan.