First Meeting with the team of UTHM

First Meeting with the team of UTHM

Pihak UMT telah menjemput pihak UTHM dari Johor bagi membincangkan mengenai projek-projek yang boleh dijalankan dan bersesuaian mengikut syarat-syarat kelayakan Scout World Award. Pihak UMT dan UTHM telah mencapai kata sepakat untuk bergabung dan berkolaborasi bersama bagi tujuan mendapatkan SWA bersama. Pihak UMT memberi pendapat agar projek ini dilaksanakan di Pulau Bidong di mana pulau ini merupakan stesen penyelidikan UMT dan projek ini dapat memberikan manfaat kepada pengkaji-pengkaji yang berada di pulau selama berhari-hari. Tujuan kolaborasi ini mendapat kata sepakat dengan menggabungkan dua aspek utama dalam menjalankan projek iaitu aspek ilmu kelautan dan perlaksanaan yang dimiliki oleh peserta SWA UMT dan digabungkan dengan aspek kemahiran yang diperolehi peserta UTHM kerana jurusan di UTHM sendiri beraspekkan kejuruteraan. Perjumpaan pertama ini telah diadakan di Universiti Malaysia Terengganu yang menjadi tuan rumah dengan diketuai oleh Cik Noni Noraikhah binti Md Yusoff yang merupakan penasihat dan pesuruhjaya daerah UMT dan dihadiri bersama empat org peserta SWA bagi bersama-sama mencurah dan memberi idea untuk menjalankan projek SWA ini. Manakala dari pihak UTHM, penasihat dan pesuruhjaya daerah UTHM iaitu Prof. Madya Dr. Mustaffa bin Haji Ibrahim yang ditemani oleh Encik Hanafi bin Omar dan Encik Md. Hihdir bin Mohamed bersama-sama dengan lima orang peserta SWA bagi membincangkan mengenai projek ini. Setelah berbincang bersama-sama, kata sepakat telah dicapai dan kami bercadang ingin melaksanakan projek SWA di Pulau Bidong bagi mengatasi masalah elektrik di sana dengan mengurangkan kos pengurusan elektrik di mana mesin generator digunakan untuk menyalurkan elektrik di sekitar pulau. Masalah ini dapat diatasi dengan membina dan memperkenalkan penggunaan lampu solar di pulau tersebut. Jika penggunaan solar ini dapat dilaksanaan secara optimum, jadi tidak mustahil sekiranya lampu solar ini dapat digunakan di tempat-tempat lain.
Number of participants
13
Service hours
39
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Personal safety

Share via

Share