Eksplorasi Tanjung Datu MoP

Eksplorasi Tanjung Datu MoP

Sebuah eksplorasi duta keamanan ke sebuah tempat yang menjadi perebutan dua negara iaitu Tanjung Datu. Kami telah buktikan bersama gerakan PRAMUKA Indonesia iaitu melalui pergerakan pengakap, dua negara bersatu di bawah persetian dan undang-undang yang sama. Sepanjang perjalan ke sana, kami telah menaiki kapal pihak Jabatan Laut. Mereka banyak membantu dan memberi tunjuk ajar serta ilmu-ilmu baharu kepada kami. Mereka menjaga kebajikan kami termasuk menguruskan makan dan minum kami sepanjang berada di atas kapal mereka. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bila kami boleh menyaksikan pemandangan matahari terbenam dan menyaksikan bintang-bintang di malam hari. Pengakap memang tidak dapat dipisahkan dengan KHEMAH! Begitu juga dengan anak-anak pengakap kami, mereka mendirikan khemah di atas kapal yang menjadikan ia satu pengalaman yang unik dan tak akan dapat kami lupakan! Kami juga berpeluang berkunjung ke Pulau Talang-talang yang menjadi tempat pemuliharaan penyu. Kami bernasib baik kerana dapat melihat anak penyu yang baharu menetas pada malam sebelumnya. Sepanjang trip 3 hari 2 malam ini, pengalaman ini membuatkan kami lebih menghargai alam ciptaan Tuhan dan misi kami selepas ini ialah bagaimana untuk kami kekalkan dan jadikan bumi ini tempat yang lebih baik untuk didiami oleh semua orang. Salam keamanan
Started Ended
Number of participants
90
Service hours
1620
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Personal safety
Legacy BWF

Share via

Share