CAVE EXPLORATION
Seramai 22 orang peserta berumur lingkungan 18 sehingga 30 tahun menyertai Ekspedisi Gua Tempurung 3.0 anjuran Pengakap Kelana Daerah Kinta. Perjalanan penuh cabaran selama lebih dari 4 jam, diselangi sedikit sebanyak input bermanfaat daripada pihak Gua Tempurung cukup untuk memberikan pengalaman manis dan berilmu. Trek yang dilalui cukup mencabar fizikal dan juga mental. Sebuah aktiviti yang sesuai untuk membina semangat berkumpulan.