Berkhidmat Untuk Masyarakat
Pada 20-22.01.2017,saya telah menyumbangkan sepenuh tenaga dalam memberi perkhidmatan kepada para pelajar di SM Chung Hwa tanpa meminta sebarang imbalan. Hal ini juga secara tidak langsung meringankan beban para Skipper dalam mengendalikan sepanjang program tersebut berlangsung.Sepanjang 3 hari program ini dijalankan ,secara jujur penat lelah,keluh kesah tidak mampu dirasai sepenuhnya kerana iainya telah ditutupi oleh gerbang kegembiraan yang penuh gelak ketawa ditambahkan lagi karenah para peserta yang mampu mengusik jiwa. Saya turut kagum akan semangat juang yang kental yang telah ditunjukkan oleh para peserta yang tidak mampu saya wujudkan dalam diri semasa di bangku sekolah.Walaupun terlalu banyak kesalahan dan kelemahan dalam diri saya sepanjang saya berkhidmat,namun semuanya itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkhidmat melainkan lebih memberi saya kekuatan kerans "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah" dan kerana bagi saya ,ianya suatu pengajaran yang mampu mematangkan saya dari segi fizikal,emosi,rohani dan mental."Learn From Mistake".Tanpa teguran,siapalah saya di dunia pengakap ini.Di dalam program ini,akhirnya saya diberi peluang untuk mencurahkan dan berkongsi ilmu yang saya telah pelajari kepada adik-adik serta mampu mengukuhkan pengetahuan saya tentang Pengakap terutama dalam sesi Kawad, aktiviti yang saya gemari dalam Pengakap ini.:) kerana Imam Al-Ghazali pernah berkata"Menuntut ilmu adalah taqwa,menyampaikan ilmu adalah ibadah,mengulang-ulang ilmu adalah zikir,dan mencari ilmu adalah jihad".:)