3 Bukit 1 Hari
Malaysia

3 Bukit 1 Hari

Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi hubungan di antara ahli krew Kelana E Keningau. Di samping itu, mengajar mereka cara untuk menjalankan sesuatu aktiviti dengan cara yang betul. Dalam program ini, kami turut berbesar hati dan gembira dapat membantu pengusaha eko pelancongan yang mana membantu pengusaha berkenaan meletakkan tanda atau isyarat di sepanjang perjalanan untuk mendaki bukit. Beberapa tanda seperti "Kawasan Bahaya", "Laluan Licin", "Laluan Curam" dan sebagainya turut diletakkan di sepanjang perjalanan pendakian bukit. Pada akhir aktiviti ini, kami bukan sahaja mendapat pujian daripada pengusaha eko pelancongan, tetapi juga merapatkan lagi hubungan antara sesama dan memperlihatkan kepada orang awam bahawa pengakap adalah satu badan yang memegang etika "Messenger Of Peace".
Started Ended
Number of participants
16
Service hours
24
Location
Malaysia

Share via

Share