Zaman teknologi
Dinding ini pada asalnya kosong dan kelihatan tidak menarik. Terdapat laluan pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan bangunan di aras bawah dengan bangunan di aras atas. Idea untuk melukis mural ini adalah untuk mewujudkan keceriaan di persekitaran laluan ini. Proses melakar dan mewarna mural dibuat secara berperingkat dari semasa ke semasa. Mural ini bertemakan komputer bersesuaian dengan dunia pada hari ini yang banyak menggunakan pelbagai teknologi.