Vigil and Beach Cleaning for Peace
Pada 28-29 September 2019, saya, sebagai ahli kelab KLKM IIUM Kuantan telah mengendalikan program Vigil di Kem Tango, Pekan. Selain itu, bulan keamanan sedunia yang jatuh pada bulan September memberi saya peluang untuk menggunakannya dengan mengisi program dengan aktiviti-aktiviti keamanan.
Program ini bertujuan untuk mengajar ahli-ahli baru pengakap dengan ilmu asas pengakap seperti sejarah, persetiaan, lagu dan undang-undang pengakap beserta sedikit pengenalan terhadap anugerah Baden-Powell. Program ini turut diisi dengan ilmu kemahiran hidup seperti 'backwood's cooking', istiadat pagi dan ilmu simpulan dan ikatan. Ahli-ahli baru ini juga didedahkan dengan lagu-lagu dan tepukan pengakap semasa malam kelana atau 'scout night'.
Untuk memenuhi syarat bulan keamanan sedunia yang bertemakan 'Climate Change for Peace', kami telah melakukan pembersihan pantai. Kita telah digemparkan dengan keadaan dunia yang semakin tenat akibat pencemaran yang sangat teruk. Sampah-sarap yang memenuhi laut telah menyebabkan hidupan laut dalam keadaan yang bahaya. Oleh itu, dengan menjaga perairan pantai kita, kita dapat sedikit sebanyak membantu menyelamatkan hidupan laut.