VIGIL 13.0 & PEMBERSIHAN PANTAI
Pada 28 & 29/9/2019, KLKM UIAM Kuantan telah menganjurkan program Vigil buat kali yang ke-13 sejak penubuhan krew di Kem Tango, Pekan, Pahang dan serentak dengan itu, aktiviti pembersihan pantai turut dijalankan bersempena dengan bulan keamanan sedunia.
Program ini dirangka khusus untuk memperkenalkan ahli baru dalam pengakap dengan asas-asas kepengakapan dan memupuk sikap ringan tulang selaras dengan motto pengakap kelana iaitu 'berkhidmat'. Mereka mula mempelajari persetiaan dan undang pengakap, simpulan dan ikatan asas, cara menghidupkan api dan sebagainya. Di akhir program, peserta diarahkan untuk bersama-sama bergotong-royong membersihkan pantai dan kawasan sekitar.
Para peserta diharap dapat menguluhkan lagi ilmu-ilmu kepengakapan dan terus berkhidmat dan membantu pada setiap masa. Akhir kalam, 'Creating a better World'.