Usaha Memenuhi Kehendak "Sustainable Development Goals" Dari Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu
Malaysia

Usaha Memenuhi Kehendak "Sustainable Development Goals" Dari Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu

Pada 13 Julai hingga 15 Julai 2018, Seramai 91 orang ahli kelana dari seluruh Malaysia berkumpul bagi menghadiri kursus Scout Of the World Award Discovery (SWA Discovery) yang dikendalikan Persektuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Unit Messenger Of Peace Kebangsaan. Program 3 hari 2 malam ini diadakan di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kedah. SWA Discovery ini mendedahkan ahli pengakap kelana serta Pengakap Remaja tentang usaha Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bagi menerapkan nilai Sustainable Development Goals (SDG) kedalam sesebuah negara. Sebuah projek yang memberi impak kepada masyarakat setempat harus dibuat yang mempunyai nilai SDG. Tahun ini amat beruntung kerana merupakan tahun ke 100 Penubuhan Pengakap Kelana. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Started Ended
Number of participants
91
Service hours
24
Location
Malaysia

Share via

Share