Tiada keamanan tanpa kedamaian
Pada 28-29 September 2019, saya, sebagai ahli kelab KLKM IIUM Kuantan telah menyertai program Vigil di Kem Tango, Pekan. Sehubungan dengan itu, bulan keamanan sedunia yang jatuh pada bulan September memutuskan kami seramai 15 orang peserta untuk menyertai aktiviti pembersihan pantai.
Program yang berlangsung selama 2 hari telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sebagai ahli baru pengakap. Banyak asas pengakap yang telah dipelajari antaranya ialah persetiaan pengakap, undang-undang pengakap, lagu pengakap, pengenalan kepada ‘BP Awards’ dan cara memulakan api. Bagi menyakinkan kedudukan ahli baru dalam kelab ini, aktiviti penganalan diri pada hari kedua amat membantu. Dengan ini, pendirian saya untuk kekal aktif menyertai aktiviti dalam kelab ini lebih utuh.
Bertemakan ‘Climate Change for Peace’ bulan keamanan sedunia bagi tahun 2019 amat berkait rapat dengan moto pengakap kelana iaitu ‘Berkhidmat’. Memandangkan lewat abad ke-21 ini, perubahan iklim di setiap negara telah memberikan impak yang mendalam kepada masyarakat. Maka, dengan nenyertai Vigil, saya berpeluang untuk merealisasikan kedua-dua moto program ini iaitu berkhidmat kepada negara bagi menjaga kesejahteraan iklim dunia demi kedamaian.
Akhir kata, besarlah harapan saya untuk menyertai aktiviti yang menyediakan program-program berilimiah dan memberikan pengetahuan asas yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Semoga ikatan persahabatan yang terjalin selama dua hari ini tidak terputus di tengah jalan.