TANGGUNGJAWABKU SEBAGAI MEDIA MAFUS
Saya NIK FATIN NADIA BINTI ZUHIR memegang jawatan sebagai media mafus bertanggungjawab untuk mengambil gambar,video dan memuat naik video proses-proses sepanjang pembinaan madrasah Kampung Haji Senik,Salor ini.Saya juga bertanggungjawab untuk memegang akaun media sosial dan menyebarkan poster demi memperoleh sumbangan daripada orang awam.Peranan media bukan semudah yang disangka,hal ini kerana media juga perlu memainkan peranan untuk menarik minat orang ramai melalui editing gambar,video ataupun poster yang unik.Media juga perlu memastikan akuan-akuan yang berkaitan dengan projek tersebut aktif dan sentiasa memuat naik video proses semasa pembinaan untuk meraih kepercayaan penyumbang dan menjadikan bahan bukti ini sebagai tebusan anugerah Scout Of The World Award(SWA) nanti.
Walaupun saya seorang media itu tidak bermaksud untuk saya tidak boleh untuk saya merasai pengalaman lain juga.Oleh itu,saya juga menjadi sebahagian daripada ahli buruh,saya melakukan kerja-kerja buruh seperti:
- mengikat batu-bata
- memelas dinding
- mengecat dinding
- memasang mozek
- mengaul simen
- membuat pelantaian
Banyak lagi kerja buruh dan pengalaman yang saya dan rakan-rakan saya dapat sejak melibatkan diri dalam pembinaan projek Mafus ini.Di samping itu juga,saya merupakan seorang yang bertanggungjawab menyediakan makanan dan minuman kepada ahli-ahli kumpulan.Bagi meringankan beban penduduk kampung saya menguruskan makanan dan minuman ahli kumpulan sepanjang projek pembinaan ini berlangsung.