SWA in Kampung Vietnam Bidong

SWA in Kampung Vietnam Bidong

Kami semua telah diagihkan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan itu mempunyai dua orang peserta dan hanya satu kumpulan sahaja yang mempunyai 3 orang peserta. Setiap kumpulan akan diberikan kelengkapan untuk memasang lampu ini. Kemudiannya, setiap kumpulan akan bergerak dan pergi mencari kawasan yang sesuai yang mana tertumpu kepada kawasan tang mudah untuk mendapatkan cahaya matahari bagi pengumpulan cas melalui solar, dan menghidupkan lampu pada waktu malam dengan penggunaan bateri. Setelah semua selesai mecari tempat yang strategik, setiap kumpulan akan membuat konkrit dengan bancuhan air, batu kecil, tanah dan simen. Ratio bagi acuan konkrit simen ini adalah 4:2:1(pasir: simen: batu). Kesemua peserta bertungkus lumus mengerahkan tenaga mereka dalam meyiapkan konkrit simen. Kami semua mengamalkan sikap tolong- menolong antara satu sama lain.

           

            Pada sebelah malam pula, kami berkumpul dan bergerak bersama-sama melihat ‘light street solar lamp’ yang telah selesai dipasangkan pada tengahari tadi. Setiap model yang telah disiapkan memberikan kesan positif apabila semua lampu LED berfungsi dengan baik dan meberi cahaya sekaligus menerangi kawasan yang gelap gelita dengan cahaya lampu LED tersebut. Setelah semua berpuas hati, peserta SWA kemudiannya ada perjumpaan bersama Prof Madya Dr. Haji Mustaffa bin Haji Ibrahim dari UTHM iaitu penasihat kami juga memberikan sedikit sebanyak tunjuk ajar serta idea-idea yang bernas kepada kami bagi penambahbaikan model untuk tempat yang akan kami lakukan di hutan sekitar Johor kelak.

Started Ended
Number of participants
13
Service hours
234
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share