Sukarelawan Kem Bersepadu Pengakap Kanak-Kanak 2017
Perjalanan selama 2 hari 1 malam yang amat menyeronokkan bersama pengakap kanak kanak daerah Segambut. Kami ditugaskan secara sukarela membantu untuk menjayakan aktiviti tersebut. Kem ini diadakan untuk pengakap kanak kanak yang ingin memerlukan lencana seperti keris gangsa, keris perak dan keris emas untuk ke pentarafan rambu pengakap kanak kanak . Kami juga menolong menjayakan majlis dan aktiviti tersebut di samping itu dapat menambah pengalaman " Bagaimana menjadi seorang pembawa aktiviti dalam sesuatu program tersebut" Perjalanan selama 2 hari 1 malam berjalan dengan lancar.