Siap Sedia untuk Hari Keamanan Anak-anak Pengakap
Malaysia

Siap Sedia untuk Hari Keamanan Anak-anak Pengakap

Pengakap Kanak-kanak SJKC Foon Yew 1 akan menjalankan gotong-royong amal sempena Hari Keamanan Sedunia. Program ini telah dijalankan untuk menjalin hubungan bersama Persekutuan Tiong Hua, Johor Bahru yang mempunyai Taman Rekreasi yang bertempat bersebelahan dengan kawasan sekolah. Program ini boleh dikatakan merupakan program pertama sekolah bekerjasama dengan Persekutuan Tiong Hua. Semoga dengan menjalankan gotong-royong amal ini, anak-anak dapat memahami kepentingan menjaga alam sekitar dan juga bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan pihak luar untuk mendapatkan sumber-sumber atau bantuan dalam program-program akan datang. Terima kasih kepada guru besar yang menyokong program kami, guru-guru yang sudi bekerjasama menjayakan program dan juga anak-anak pengakap yang aktif untuk mengambil bahagian dalam program. Pada hari ini, 50 orang pengakap kanak-kanak telah diberi taklimat oleh Penolong Pemimpin sekolah, Cikgu Tan Kuan Tee supaya mereka lebih bersedia untuk pelaksanaan program pada hari esok. Semoga program yang cukup bermakna ini dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektifnya.
Number of participants
53
Service hours
2
Location
Malaysia

Share via

Share