Seni tangga
Malaysia

Seni tangga

Projek naik taraf tangga di kawasan hadapan dan juga tapak perhimpunan Sekolah Kebangsaan Rahang dengan karya seni huruf "SKR" singkatan kepada "Sekolah Kebangsaan Rahang" sebagai salah satu usaha menceriakan persekitaran sekolah. Objektif projek ini juga adalah untuk mewujudkan suasana persekolahan yang kondusif dengan pemilihan warna putih dan biru inspirasi dari warna uniform sekolah rendah. Projek ini secara tidak langsung sedikit sebanyak menyuburkan semangat murid-murid untuk datang ke sekolah bahkan menimbulkan rasa seronok kepada guru-guru, warga sekolah untuk bekerja dan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah. Rekaan tulisan "SKR" ini agak unik kerana ia akan berubah rupa dan bentuk apabila dilihat dari sudut yang berbeza.
Started Ended
Number of participants
2
Service hours
12
Location
Malaysia

Share via

Share