[Scouts of The World Award Discovery Zon Timur] Road to SWA !

[Scouts of The World Award Discovery Zon Timur] Road to SWA !

Scouts of The World Award Discovery merupakan satu program yang dijalankan mengikut zon di Malaysia selama tiga hari dua malam dengan tujuan untuk mendapatkan passport bagi menjalankan project Scout of The Word Award (SWA). Seramai 22 orang pengakap remaja dan kelana telah mengikuti program yang berlangsung dari 22 Jun hingga 24 Jun 2018 di Institut Latihan KEMAS, Kuantan ini. Pelbagai input telah diperoleh sepanjang program dari segi praktikal dan teori seperti ruang lingkup Messenger of Peace (MoP), World Scout Environment Programme (WSEP), dan Scout of The World Award (SWA). Hal ini demikian memudahkan para peserta untuk membezakan dan mengenalpasti sama ada projek yang bakal dijalankan adalah di bawah ruang lingkup Mop, WSEP, ataupun SWA. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan 17 perkara yang digariskan dalam Sustainable Development Goals (SDG) untuk dikaitkan dengan projek yang bakal dilaksanakan. Pada hari kedua program, para peserta dibawa ke Taman Gelora yang mana peserta ditugaskan untuk menyiapkan almari buku dan kerusi untuk diletakkan di lokasi tersebut dengan tujuan menggalakkan budaya membaca sambil bersosial di situ. Rata-rata para peserta sangat bertenaga, menunjukkan kesungguhan dan memberi komitmen sepenuhnya sepanjang program dijalankan. Diharap hasrat untuk mendapatkan SWA oleh para peserta tercapai.
Started Ended
Number of participants
22
Service hours
396
Location
Malaysia

Share via

Share