SCOUT OF THE WORLD AWARD DISCOVERY ZON TIMUR 2019

SCOUT OF THE WORLD AWARD DISCOVERY ZON TIMUR 2019

Scout of The World Award Discovery (SWAD) ini adalah satu platform yang amat baik sekali dimana disinilah bermulahnya langkah pertama bagi bakal-bakal penerima Anugerah Pengakap Dunia. Scout of The World Award Discovery ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan terlebih dahulu kepada para ahli pengakap yang berkeinginan untuk mendapatkan Anugerah Pengakap Dunia. Hal ini demikian kerana, tujuan SWAD ini dianjurkan adalah bagi mendapatkan passport perlaksanaan bagi projek di samping memberi pendedahan seperti apa itu MoP, SWA, SDG dan sebagainya. Di dalam SWAD ini juga para peserta diperkenalkan dengan lebih dalam lagi apa itu Anugerah Pengakap Dunia (SWA). Slot ini telah disampaikan oleh beberapa orang panel jemputan yang lebih mahir dalam bidang ini. Antaranya, ialah Tuan Amir Hamzah dan Tuan Shaqim. Mereka mendedahkan para peserta tentang apa yang perlu dilaksanakan terebih dahulu bagi mendapatkan anugerah ini seperti penyediaan proposal projek, penyediaan kertas kerja, perlaksaan projek dan banyak lagi. Untuk melaksanakn projek bagi mendapatkan SWA ini, para peserta ditekankan agar mengkaitkan projek tersebut dengan belasan komponen SDG. Ini disampaikan dengan lebih mendalam lagi oleh panel yg lebih mahir. Para peserta perlu menjalankan aktiviti kumpulan bagi membentangkan proposal projek yang juga turut dikaitkan dengan komponen SDG. Pelbagai ilmu telah diperoleh daripada SWAD ini terutamanya dalam perlaksaan projek. Hal ini demikian kerana, bagi mendapatkan SWA ini bukanlah mudah kerana ianya perlu disahkan dan diperakui di peringkat dunia. Oleh itu, langkah yang lebih terperinci dan teratur perlu dititik beratkan oleh para peserta. Para peserta juga diberikan peluang untuk membentang pra-projek yang akan dijalankan bersama ahli kumpulan dan akan diberikan komen oleh panel yang lebih arif mengenainya. SWAD ini juga tidaklah semata-mata diajar bagaimana hendak melaksanakan projek malahan dikaitkan juga dengan aktiviti kemasyarakatan. Ini kerana, terdapat satu slot aktiviti kemasyarakatan dimana para peserta perlu ke rumah anak yatim berhampiran kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail. Para peserta perlu menjalankan program penanaman biji benih bagi menjanakan hasil para penghuni rumah anak yatim tersebut. Akhir sekali, SWAD ini amatlah penting kerana ianya adalah satu langkah permulaan bagi bakal-bakal penerima Anugerah Pengakap Dunia. Sekian terima kasih.

Started Ended
Number of participants
140
Service hours
2520
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile
Youth Engagement

Share via

Share