SCOUT of the WORLD AWARD di Kuala Selangor?
Bengkel Scout of the World Award atau SWA telah diadakan di Dewan Masyarakat Taman Melawati Jaya, Kuala Selangor. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya Messenger Of Peace (MoP), pembentangan project, permainan, menanam serai dan lain lain lagi. seramai 39 orang peserta yang telah menyertai program ini antaranya Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, KLKM Uniza Terengganu dan Kelantan. Dengan program sebegini uhkuwah antara pengakap kelana seluruh negeri dapat menjalinkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain, dapat bertukar pendapat dan lain lain. terima kasih juga pada alpha rover Kuala Selangor kerana telah menyusun program ini dengan jayanya. terima kasih juga kepada semua peserta dari pelbagai negeri dan tidak lupa juga kepada Koordinator SWA yang bertungkus lumus datang dari jauh untuk menjayakan program ini. semoga program sebegini dapat diadakan dimasa akan datang.
- once a scout, always a scout -