"SCHOOL@UniSZA"
Program ini adalah program Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Bersama Universiti Awam Siri 2 ~ SK Seberang Takir bersama Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) UniSZA dengan kerjasama Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia UniSZA.
Program "SCHOOL@UniSZA" ini berlangsung pada 8 Februari 2018 bertempat di Bangunan Akademik UniSZA untuk memberi motivasi dan pendedahan kepada pelajar tahun 6 sebelum peperiksaan UPSR bermula serta memberi peluang kepada pelajar belajar merasai kehidupan di universiti.