SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DISAMBUT SECARA AMAN
Malaysia

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DISAMBUT SECARA AMAN

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DISAMBUT SECARA AMAN Sempena bulan yang mulia lagi barokah ini, Pasukan kami telah mengadakan sambutan hari raya aidilfitri bersama ahli pasukann serta jemputan khas yang di jemput hadir untuk turut sama memeriahkan majlis. Sambutan kali ini di selingkan juga dengan gimik gimik dan propaganda-propaganda pesanan keamanan. Seramai 153 orang yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam menjayakan sambutan hari raya yang penuh kemeriahan ini. Acara rasmi berlangsung pada 6 july 2018 (jumaat) dan persiapan nya telah berlangsung sehari awal sebelum majlis bermula iaitu pada tarikh 5 july 2018 (khamis). selain daripada jamuan dan hidangan makanan, para jemputan juga di hidangkan dengan persembahan-persembahan menarik dari ahli ahli pengakap yang turut serta. pertandingan karaoke bertema kan lagu sempena sambutan hari raya turut mewarnai acara. selain daripada itu juga, pertandingan busana tercantik dan unik mengikut tema yang telah ditetap kan iaitu tema tradisional turut menjadi perhatian ramai. Acara yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang itu berakhir dengan cukup meriah sekali. terima kasih kepada semua yang terlibat yangg telah memberi kerjasama untuk menjayakan acara ini yang secara langsung mahupun tidak. semoga acara sebegini dapat dijalankan lagi di masa masa akan datang. amin.
Started Ended
Number of participants
153
Service hours
918
Location
Malaysia

Share via

Share