PROSES PEMBINAAN MADRASAH FOR US SEMASA PKPP

PROSES PEMBINAAN MADRASAH FOR US SEMASA PKPP

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula,kami meneruskan proses pembinaan madrasah ini tersebut.Dengan mengecat dinding untuk lapisan kedua,memasang mozek,memelas tempat wuduk dan tandas.Selain itu,pemasangan pendawaian elektrik dan pagar juga kami usaha mengiapkan dalam masa yang ditetapkan.Tidak lupa juga kami membuat temu janji bersama SUK dan tok imam masjid Gertak Lembu,Salor untuk menanyakan status sumbangan termasuk pihak MAIK bagi menguruskan urusan perwakafan tanah.Walau sesibuk mana kami membuat kerja buruh kami juga tidak melupakan SOP dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan demi memutuskan rantaian covid-19 yang sedang berleluasa diseluruh dunia ini.Akan tetapi wabak covid-19 ini tidak dapat mematahkan semangat kumpulan kami dan juga penduduk kampung untuk meneruskan pembinaan projek madrasah di Kampung Pak Limah,Salor tersebut.

Kami akan memastikan keselesaan dan keselamatan madrasah demi penduduk kampung berasa gembira dan berpuas hati untuk meneruskan lagi beribadah di madrasah yang berhampiran dengan mereka.Mereka juga mengucapkan jutaan berterima kasih kerana mereka tidak perlu keseberang kampung itu menunaikan ibadah secara berjemaah.Program ilmiah jugak dapat dilakukan di kampung tersebut termasuklah tempat membuat majlis akikah dan dapat mengeratkan silaturahim penduduk kampung itu lagi.Kami tidak sabar untuk menyiapkan madrasah ini dan merasai kenikmatan beribadah secara berjemaah di madrasah yang dihasilkan oleh usaha dan titik peluh dari diri sendiri.

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
24
Location
Malaysia

Share via

Share