Projek membina ruang menunggu
Ini adalah projek membina ruang menunggu di Sekolah Kebangsaan Rahang untuk memudahkan ibu bapa mengambil anak selepas tamat waktu persekolahan. Proses melakar binaan ruang menunggu ini dibuat berulang kali untuk memastikan rekaan yang terbaik dan bersesuaian dengan kos yang diperuntukkan. Ruang menunggu ini dilengkapi dengan lampu, kipas, sistem pengudaraan, televisyen dan bahan bacaan. Rekaan moden dan ringkas adalah untuk keselesaan, nampak lebih kemas dan ruang yang luas serta menjimatkan kos pembinaan.