Projek Anak Angkat Krew Anjuran KLKM UMT- Kg. Pasir Raja di Daerah Dungun, Terengganu
Kampung Pasir terletak di daerah Dungun, Terengganu yang berposkod 23000. Kampung ini terkenal dgn sosiobudaya dan geografi yang menarik. Tidak hairanlah, banyak homestay yang telah dibina untuk para pengunjung. Setibanya kami tiba di kampung tersebut sekitar pukul 10.00 pagi, kami telah berpecah mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Saya selaku ketua kumpulan 5 telah memilih keluarga Puan Tengku Noorazira bt Tengku Ariffin. Beliau memiliki sebuah kedai runcit dan telah beroperasi selama 5 tahun.Untuk tugasan pertama, kami telah menolong beliau mengems stor barangan runcit di dalam kedai . Setiap barangan telah disusun mengikut tarikh keluar dan masuk. Saya dan saudara Muhd Amir Zaki telah menyusun stok barang mengikut barangan seperti minuman dan makanan secara teratur supaya mudah dilihat oleh Puan Tengku Noorazira. Kami juga telah diminta untuk memeriksa barang yang hampir luput dan menyusun barangan hampir luput di sudut khas supaya tidak tercampur dengan barangan jualan. Durasi masa hampir 3 jam di dalam kedai runcit beliau dan beliau berpuas hati atas pertolongan yang diberikan. Seusai itu, kami berhenti sekejap untuk berehat dan menunaikan solat Zuhur.
Kira-kira pukul 2.30 petang, setelah menikmati juadah tengahari yang disediakan oleh tuan rumah, saya bersama ahli-ahli yang lain telah meneruskan tugasan kedua. Kami telah ditugaskan untuk mebantu tuan rumah menyediakan juadah untuk para tetamu yang hadir pada hari itu. Kami berasa gembira kerana diberi kesempatan untuk membantu tuan rumah menyediakan lauk-pauk.Saya dan Amir ditugaskan untuk menanak nasi dan membuat air minuman. Manakala, kaum Hawa ditugaskan untuk menyediakan bahan untuk masakan pada petang itu. Di samping itu, saya dan Amir telah mengambil keputusan untuk mengemas di luar rumah. Kami berdua telah mengumpulkan daun-daun kering di kawasan yang lapang dan bebas daripada sebarang unsur punca merebak sebelum kami menghidupkan unggun api. Kami berbuat demikian setelah diminta oleh tuan rumah. Kami berasa bersyukur kerana dapat mewujudkan persekitaran yang kemas dan bersih. Puan Tengku Noorazira amat berpuas hati dengan pertolongan yang dicurahkan.
Tepat pukul 4.30 petang, kumpulan kami telah selesai menjalankan tugasan. Sebelum pulang, kami telah menikmati juadah petang bersama keluarga tuan rumah. Pelbagai ragam dan cerita kami kongsi bersama. Walaupun perjumpaan hanya singkat, begitu banyak kami kenali tentang penduduk kampung di sini. Selepas solat Asar, kami telah bersiap sdia untuk pulang. Kami sempat bersalam-salaman antara satu sama lain dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga Puan Tengku Noorazira yang telah memberi kerjasama kepada kumpulan kami dalam menjayakan program khidmat masyarakat pada hari ini dan para peserta berjaya melaksanakan 6 jam 30 minit melakukan kerja-kerja amal bersama penduduk kampung.