PROGRAM WARGA EMAS DI KEMPAS BARU
Seramai 18 orang ahli PRS institut pendidikan guru kampus temenggong Ibrahim Johor telah menjalani program rantaian kasih bersama 25 orang warga emas di pusat jagaan warga emas yang beralamat di Jalan Denai Kempas Baru, johor. warga emas disitu terdiri daripada warga emas yang tidak mempunyai waris dan warisnya sibuk dengan urusan pekerjaan. lingkungan umur warga emas disitu ialah terdiri daripada umur 56 tahun hingga 97 tahun. Warga emas disitu berasal daripada pelbagai daerah dan negeri antaranya ialah Singapura dan daerah Muar. Program ini dijalankan dari pukul 8 pagi hingga 3 petang pada tarikh 16 julai 2018
Program ini dijalankan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan warga emas disitu serta memberi peluang kepada mereka untuk merasai kasih sayang seorang anak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bernyanyi bersama warga emas, pertandingan menganyam ketupat, dan aktiviti bergotong- royong dikawasan perumahan warga emas disitu. Walaupun terdapat kekurangan dari segi tempat duduk seperti kerusi para warga emas bersemangat menjalani aktiviti yang dijalankan walaupun dalam keadaan bersila di lantai. Semua memberi komitmen yang sangat tinggi untuk menjayakan program tersebut
program ini telah dianjurkan dengan kerjasama oleh pihak pengurusan IPGKTI dan Unit Bimbingan dan kauseling IPGKTI. Guru pelatih dan kaunselor IPGKTI diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program tersebut. Program ini turut ditaja sepenuhnya oleh pihak jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKTI.