Program Menjaga Kebersihan di Kafe Abdul Rahman Limbong Anjuran KLKM Laut Universiti Malaysia Terengganu
Malaysia

Program Menjaga Kebersihan di Kafe Abdul Rahman Limbong Anjuran KLKM Laut Universiti Malaysia Terengganu

Pada 1 November 2015, saya dan beberapa orang KLKM UMT yang lain telah bercadang untuk menjalankan aktiviti mengutip sampah di Kafe Abdul Rahman Limbong yang terletak di dalam Kolej Kediaman UMT. Bagi memenuhi keperluan selama 6 jam untuk aktiviti amal setempat, kami telah menjalankan aktiviti tersebut sebanyak 2 sesi iaitu 3 jam pada waktu petang dan 3 jam lagi pada waktu tengah malam. Untuk sesi pertama, kami menjalankan aktiviti amal pada pukul 3.00 petang hingga pukul 6 petang. Pada sesi kedua, kami meneruskan aktiviti mengutip sampah pada lewat mlm. Tepat pukul 12 malam, kami menjalankan program secara biasa. Berdasarkan pemerhatian saya, amat jelas bahawa jumlah sampah yang terkutip untuk sesi kedua adalah lebih banyak dari sesi pertama yang dijalankan. Hal ini mengambarkan bahawa ramai pelajar yang mengunjungi kafe pada waktu malam berbanding pada waktu siang. Untuk sesi kedua berakhir dalam pukul 3 pagi. Objektif aktiviti ini bukan sahaja untuk memenuhi keperluan kami selama 6 jam melakukan aktiviti amal tetapi memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya menjaga persekitaran supaya bersih dan kemas. Hal ini sewajarnya diambil cakna oleh supaya pihak agar bertanggungjawab mewujudkan persekitaran yang selesa supaya makanan dan minuman yang dijual tidak tercemar sekali gus tidak memudaratkan pelajar. Setiap warga UMT seharusnya tidak lepas tangan dalam menjaga persekitaran di Kafe Abdul Rahman Limbong dan bersama-sama mengekalkan suasana kafe yang bersih dan terjamin. Moga program amal ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Number of participants
1
Service hours
6
Location
Malaysia

Share via

Share