PROGRAM GOTONG-ROYONG ZIARAH KASIH YAB MENTERI BESAR DI MANJOI
Seramai 13orang daripada pengakap kelana PSAS telah menerima jemputan jalinan kerjasama untuk Program Gotong-royong Ziarah Kasih YAB Menteri Besar sempena Program Permukiman YAB Menteri Besar Daerah Kinta. Program ini telah berlangsung pada 22hb Februari 2018 di Lot 1528, Jalan Bayan, Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi. Antara aktiviti yang kami lakukan adalah seperti pembersihan rumput di halaman rumah, pembersihan longkang serta membakar rumput.