Pertandingan Kawad Kaki Peringkat IPGKBA
Pertandingan kawad kaki ini telah diadakan pada 28 September 2017 di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab Unit Kokurikulum IPGKBA. Saya telah melibatkan diri sebagai peserta bagi Pasukan Beruniform Pengakap. Pertandingan ini disertai oleh empat unit beruniform IPGKBA iaitu Pasukan Pengakap, Pandu Puteri, KRS, dan BSMM. Pertandingan ini adalah di peringkat IPGKBA sahaja.