Persiapan untuk Hari Keamanan Sedunia
Malaysia

Persiapan untuk Hari Keamanan Sedunia

Sempena Hari Keamanan Sedunia yang jatuh pada 21September2017. Pengakap Kanak-kanak SJK (C) Foon Yew 1, Johor Bahru akan menganjurkan satu gotong royong amal bekerjasama dengan Persekutuan Tiong Hua, Johor Bahru. Melalui program yang bakal dijalankan ini, pengakap kanak-kanak dapat lebih mendekati diri dengan persekitaran dan pada masa yang sama menjalin hubungan dengan organisasi luar dalam menjayakan sesuatu program. Hakikatnya, program gotong royong amal ini dijalankan supaya hubungan rapat dapat dijalinkan bersama Persekutuan Tiong Hua supaya dapat meminjam tapak Taman Rekreasi Persekutuan yang terletak bersebelahan dengan kawasan sekolah untuk program-program sekolah akan datang. Dengan ini, amat berterima kasih kepada 50 orang peserta yang terdiri daripada Pengakap Kanak-kanak Sekolah dan juga 3 orang guru yang bersungguh-sungguh kerana memberi kerjasama yang baik untuk berusaha menjayakan program ini. Sebelum program dilaksanakan pada hari esok, taklimat ringkas dan persiapan awal telah dikendalikan oleh guru yang memainkan peranan dalam mengendalikan program ini, iaitu Cikgu Tan. Taklimat ini telah dijalankan selama dua jam untuk memberi peringatan penting kepada murid-murid dan juga memberi gambaran awal kepada murid-murid supaya lebih bersedia untuk program hari esok.
Number of participants
53
Service hours
106
Location
Malaysia

Share via

Share