Persiapan Ujian Lencana Kemahiran ( Pemotongan Buluh )
Pada 13 April 2017 yang lalu, 4 orang ahli Pengakap Kelana A Labuan telah mengadakan aktiviti memotong buluh di Bukit Timbalai, Wilayah Persekutuan Labuan. Buluh-buluh tersebut diperlukan sebagai persiapan awal untuk pengakap kelana yang akan mengambil ujian kemahiran membuat bivouvac dan untuk kegunaan sepanjang Perkhemahan Aviasi Pengakap Udara WP Labuan tahun 2017.
Sebanyak 5 batang buluh panjang telah dipotong oleh ahli kelana. Selain itu, ranting ranting kecil turut diperlukan untuk membuat aktiviti masakan rimba ( Backwoods ) sepanjang perkhemahan. Aktiviti ini bermula seawal jam 10 pagi berakhir pada jam 2 petang.