Perkhemahan Vigil Pengakap Kelana Daerah Kota Setar & Kuala Muda 2018 .
Pada 18/1/2018 , seramai 50 ahli pengakap telah menghadiri satu perkhemahan yang dianjurankan oleh Majlis Pengakap Kelana Daerah Kota Setar dengan kerjasama Pasukan Pengakap Kelana ' A ' Able Rovers , Kuala Muda . Pada hari pertama , peserta mula mendaki ke tapak kem iaitu Taman Rimba Gunung Jerai melalui laluan Seri Perigi . Peserta mula sampai ke tapak kem pada jam 12 tengah malam dan diberikan makan malam dan terus bersurai untuk tidur . Pada hari kedua , hari dimulakan dengan sarapan pagi kemudian diteruskan dengan istiadat pagi . Seterusnya , pengenalan tentang tujuan & peranan pengakap kelana , massenger of peace dan organisasi pengakap kelana telah diterangkan oleh Pengerusi Majlis Pengakap Kelana Negeri Kedah . Seterusnya disusuli dengan taklimat buku log keahlian dan ke arah Anugerah BP Pengakap Kelana dan disebelah petangnya adalah masa lapang . Pada malam tersebut , jejak spora dan proses meningkat naik ( vigil ) telah dijalankan . Pada hari terakhir , semua peserta berjaya menamatkan perkhemahan tersebut sekaligus disarungkan epolet kelana oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kota Setar .