PERKHEMAHAN PENGAKAP MUDA LENCANA USAHA DI AKEDEMI PENGAKAP SARAWAK, MALAYSIA
Saya telah menghadiri latihan skim lencana usaha di akedemi pengakap sarawak. Pada mulanya, kami telah diberi taklimat tentang peraturan di APS. Seterusnya, kami dibahagikan kepada 17 patrol daripada sekolah yang berbeza. justeru, kami menghadiri slot pertama iaitu persetiaan pengakap dan seterusnya undang-undang pengakap. pada malamnya pula, kami memulakan projek menganyam tikar menggunakan kertas warna dan selepas itu menghadiri taklimat kembara yang akan dijalankan pada keesokan harinya. pada hari kedua, kami bertolak pada awal pagi untuk memulakan kembara 8 KM. pada malamnya pula, kami berhibur dengan persembahan-persembahan setiap patrol. hari yang ketiga, merupakan hari terakhir perkhemahan. kami telah melengkapkan aktivit bagi lencana juru masak di khemah. perkhemahan berakhir pada tengah hari jam 12:30 p.m dan seterusnya bersurai.