Perkhemahan Muhibah
Malaysia

Perkhemahan Muhibah

Pada 10 hingga 12 November 2017 Perkhemahan Muhibah anjuran Pengakap Daerah Seremban Timur, Negeri Sembilan yang julung kali diadakan telah berjaya dianjurkan dan disertai oleh beberapa buah Sekolah Kebangsaan, Cina dan Tamil daerah Seremban Timur, Negeri Sembilan bertempat di SJKC Sin Hua. Jumlah ahli Pengakap yang terlibat dalam semua aktiviti sepanjang 3 hari perkhemahan ini ialah 170 orang. Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan antaranya kemahiran-kemahiran dalam Pengakap, kraf, senaman, kawad kaki dan beberapa aktiviti lagi yang memberi manfaat kepada ahli Pengakap termasuklah tarian yang bertemakan muhibah tiga bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India, pelbagai persembahan menarik yang mewujudkan semangat muhibah, kuliah, kerohanian dan aktiviti MoP dalam bentuk seni. Pergerakan membentuk huruf MoP dan binaan burung merpati 3 dimensi terbang tinggi membelah awan sebagai pengisian kesenian dalam aktiviti MoP ke arah daya kreativiti dan inovasi di kalangan ahli Pengakap.
Started Ended
Number of participants
170
Service hours
1530
Location
Malaysia

Share via

Share