Perkhemahan Kemahiran Pengakap Peringkat Negeri Pahang 2017 Kuala Lipis
Syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnia serta izinNya perkhemahan kemahiran pengakap peringkat negeri pahang telah selesai dijalankan dengan jayanya.. Kali ini, perkhemahan peringkat negeri pahang ini dianjurkan oleh persekutuan pengakap daerah lipis yang bertempat di Mrsm Tun Ghazali Shafie Kuala Lipis.. Sekalung tahniah dan syabas di atas penganjuran perkhemahan ini.. Kredit kepada tuan nor alias (embong), tuan hazimi hamidon (perangka kertas konsep perkhemahan), tuan hafiz zakri (kem komandan), jurulatih², pemimpin² sekolah daerah lipis, tuan ppd lipis serta pegawai ppd lipis dan pemimpin² dari sekolah di daerah lain di pahang.. Tidak lupa juga kepada tuan shukri (9w2tcj), tuan sarudin (9w2bgc), tuan al holidin (9w2tps) dan krew² radio amatur lipis yang telah bertungkus lumus mengadakan aktiviti QSO dan ilmu dalam radio amatur serta menyediakan sijil yang bertaraf kebangsaan kepada ahli pengakap.. Juga terima kasih kepada tuan syaraff alwi, co-ordinator M.O.P negeri pahang yang turut hadir komitmen yang mantap dan terbaik..
Perkhemahan ini disertai dengan kekuatan seramai 977 orang dan diadakan pada 25hb hingga 28hb April 2017..
Alhamdulillah.. Perkhemahan ini dapat dianjurkan dengan sangat jayanya.. Penganjuran yang hebat..
In shaa Allah, ada kelapangan dan rezeki akan bertemu lagi dalam sesi perkhemahan akan datang..
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat..
Ikhlas daripada
Mohd firdaus mustafa
9W2WFQ