PERKHEMAHAN KEAHLIAN 2017
Pada 29-31 Mei 2017 , saya telah mengambil bahagian dalam perkhemahan ini sebagai salah seorang ahli jawatankuasa , iaitu selaku seorang ketua pembersihan. Saya dipertanggungjawabkan untuk memastikan tapak perkhemahan dan tempat-tempat aktiviti lain sentiasa dalam keadaan yang bersih dan memuaskan.Inilah kali yang pertama saya berkesempatan untuk menganjurkan perkhemahan untuk memberikan pendedahan kepada para pengakap baharu tentang hal-ehwal kepengakapan.