PERKHEMAHAN EKSPEDISI PENGAKAP MUDA PASIR GUDANG 2019
Perkhemahan yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini bertempat di SMK Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor dan laluan ekspedisi adalah di sekitar kawasan Taman Scientex, Kg Sentosa, Kg Kopok, Kg Cahaya Baru dan Taman Cahaya Masai. Jumlah peserta sasaran awal adalah seramai 50 orang sahaja tetapi sehingga pada tarikh tutup pendaftaran, seramai 107 peserta telah berdaftar (termasuk 13 guru pemimpin pengiring) dari 9 buah sekolah dan 1 wakil dari kumpulan terbuka.
Program anjuran Kumpulan 77 Skuadron Pasir Gudang (Pengakap Udara SMK Taman Scientex) dengan anjuran bersama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pasir Gudang (PPMDPG) telah berlangsung dengan jayanya. Berbagai agensi kerajaan, swasta dan ahli komuniti telah berganding bahu dan memberikan kerjasama sepanjang masa dalam menjayakan program ini.
Pada majlis penutup hari kedua program, kesemua peserta telah diberikan Lencana Ekspedisi (kategori pengetahuan) setelah menamatkan ekspedisi sejauh 20km pada hari pertama serta telah lulus ujian bertulis ekspedisi pada pagi hari yang kedua.