Perjumpaan Minggu Pertama, Level 200 Sidang 2017/18
Perjumpaan KLKM USM level 200 dilakukan pada hari Isnin jam 5 hingga 7 petang dengan agenda 'Penerangan Lanjutan Program Messengers of Peace (MoP)'. Perjumpaan ini dilakukan di DK SK 3 bagi melaksanakan penerangan yang selesa dan efisien.
Taklimat MoP disampaikan oleh NYDP 1, Muhd. Faris Hafiy untuk mendedahkan ahli Kelana mengenai kepentingan mendapatkan pengiktirafan MoP melalui penyertaan dalam aktiviti berbentuk kemasyarakatan. Semua ahli memberikan perhatian penuh terhadap penerangan yang diberikan.
Pada akhir perjumpaan, ahli lebih faham mengenai cara melaksanakan dan kepentingan Program Messengers of Peace (MoP) sebagai seorang ahli KLKM.