PERJUMPAAN MINGGU KE-4 KELANASISWA USM LEVEL 100 SIDANG 2017/2018
Perjumpaan kali ke-4 untuk kelanasiswa level 100 sidang 2017/2018 telah diadakan di Padang Senget Pusat Rancangan Kokurikulum Universiti Sains Malaysia. Majlis dimulakan dengan taklimat asas mengenai apa itu ladam kuda dan telah disampaikan oleh Saudara Ahmad Syauqi daripada kelanasiswa level 300. Selain itu, perjumpaan kali ini juga diisi dengan aktiviti cara-cara melipat bendera serta ikatan yang lazimnya digunakan untuk mengikat bendera pada tiang.