PERJUMPAAN BERSAMA PEWARIS UTAMA
Pada 9 January 2020,bertempat di kampung Pak Limah Salor merupakan hari yang begitu bermakna buat kami kerana kami berjumpa dengan anak arwah Haji Senik dan suaminya untuk membincangkan dan ingin membuat surat hitam putih tentang madrasah Haji Senik ini.
Sebelum kami merancang perjumpaan dengan anak tuan tanah jni,kami dan oenasihat kami telah membuat lawatan ke tapak projek untuk melihat sendiri tapak projek yang bakal menjadi tapak projek Swa kami nanti.Dengan itu,kami juga mendapati beberapa masalah yang menyebabkan kami bersetuju untuk membuat pembinaan semula madrasah di atas tanah perwakafan tersebut.
Oleh itu,kami terus meminta kebenaran daripada anak tuan tanah dan penduduk kampung tersebut.Apabila kami menerima aduan penduduk kampung bahawa madrasah ini sudah lama terbuar dan telah menjadi tempat pembiakan anjing liar.Kami lebih bersemnagat dan bersetuju untuk meneruskan projek Swa di sini.Anak tuan tanah juga memberitahu kamu bahawa beliau amat bersyukur kerana kami ingin menaikkan semula madrasah peninggalan bapanya kerana sudah sekian lama menunggu sesiapa yang ingin membaik pulih semula madrasah tersebut.