PERANAN KEPENGAKAPAN DALAM KERJA KERJA KEAMANAN
Malaysia

PERANAN KEPENGAKAPAN DALAM KERJA KERJA KEAMANAN

Kenapa keamanan amat penting dalam kehidupan masa kini? Kerja kerja kepengakapan amat berkait rapat dengan aktiviti aktiviti keamamanan sejagat. Sehubungan itu, satu kursus pendendeahan kepada kerja-kerja keamanan telah diadakan di Scout Nature Park, Sandakan Sabah yang berfokuskan kepada pemimpin-pemimpin pengakap negeri Sabah. Kursus yang dikenali sebagai Kursus Koodinator 'Messengers of Peace' memberi pendedahan kepada pemimpin pengakap berkaitan peranan dan tanggunjawab seorang pengekap terhadap keamanan sejagat serta kaedah pelaksanaannya. Ini perlu agar setiap program atau aktiviti yang dilaksanakan dibuat secara terancang dan sistematik dan dapat dipantau oleh pihak yang berkepentingan dan seterusnya memberi impak yang positif kepada masyarakat. Kursus ini berlangsung selama 3 hari bermula dari 01hb hingga 03 hb November 2019 melibatkan seramai 80 orang peserta. Harapan agar semua peserta akan dapat membantu pihak kerajaan dalam usaha menyampaikan mesej keamanan melalui kerja kerja lapangan kepengakapan.

Started Ended
Number of participants
80
Service hours
1440
Location
Malaysia

Share via

Share