Penyertaan Luar Jangkaan
Sungguh tidak terduga penyertaan bagi Perkhemahan Kursus Ketua Sekawan & Ketua Patrol Daerah Setiu. Kira-kira 400 ratus orang peserta yang terdiri daripada ahli Pengakap Kanak-Kanak, ahli Pengakap Muda, ahli Pengakap Remaja, Pemimpin & Penolong Pemimpin Pengakap dan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Setiu hadir bagi menjayakan perkhemahan pada kali ini.
Perkhemahan ini bertujuan melatih ahli Pengakap dalam menjadi Ketua Patrol & Ketua Sekawan yang berwibawa dan boleh memimpin ahli-ahlinya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pula merangkumi skim-skim latihan Pengakap seperti pengukuhan ilmu kawad kaki, cara bekerja di dalam patrol & sekawan, tugas-tugas dalam pasukan dan banyak lagi. Perkhemahan ini telah dijalankan pada 4 - 6 April 2019 bertempat di Kem Pejabat Pendidikan Daerah Setiu (Lama). Perkhemahan diakhiri dengan majlis penutup yang telah dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu iaitu Tuan Haji Che Soh Bin Muda